Inisiatif Hospital Rakan Bayi merupakan inisiatif global yang diiktiraf oleh WHO dan UNICEF untuk
menangani kematian dan masalah kesihatan di kalangan kanak-kanak sejak 1992. Inisiatif ini
dilaksanakan di Malaysia mulai tahun 1997 dan diperluaskan kepada semua fasiliti kesihatan kerajaan, universiti dan swasta. Hospital Segamat telah diiktiraf sebagai Hospital Rakan Bayi mulai tahun 1997 dan berjaya mengekalkan status Hospital Rakan Bayi untuk kali ke-7 (2019-2022) semasa penilaian semula yang dilakukan setiap 3 tahun.