PENGENALAN

Inisiatif Hospital Rakan Bayi merupakan inisiatif global yang diiktiraf oleh WHO dan UNICEF untuk menangani kematian dan masalah kesihatan di kalangan kanak-kanak sejak 1992. Inisiatif ini dilaksanakan di Malaysia mulai tahun 1997 dan diperluaskan kepada semua fasiliti kesihatan kerajaan, universiti dan swasta. Hospital Segamat telah diiktiraf sebagai Hospital Rakan Bayi mulai tahun 1997 dan berjaya mengekalkan status Hospital Rakan Bayi untuk kali ke-7 (2019-2022) semasa penilaian semula yang dilakukan setiap 3 tahun.

10 LANGKAH MENJAYAKAN PENYUSUSUAN SUSU IBU

Hospital Segamat sangat komited melaksanakan Inisiatif Hospital Rakan Bayi bagi mempromosikan, melindungi dan menyokong penyusuan susu ibu secara eksklusif dari lahir sehingga 6 bulan dan meneruskannya sehingga anak berumur 2 tahun. Makanan pelengkap perlu diberikan apabila bayi berumur 6 bulan.


Perkhidmatan kami adalah berdasarkan Polisi Penyusuan Susu Ibu Malaysia seperti berikut:-