PENGENALAN

Inisiatif Hospital Rakan Bayi merupakan inisiatif global yang diiktiraf oleh WHO dan UNICEF untuk menangani kematian dan masalah kesihatan di kalangan kanak-kanak sejak 1992. Inisiatif ini dilaksanakan di Malaysia mulai tahun 1997 dan diperluaskan kepada semua fasiliti kesihatan kerajaan, universiti dan swasta. Hospital Segamat telah diiktiraf sebagai Hospital Rakan Bayi mulai tahun 1997 dan berjaya mengekalkan status Hospital Rakan Bayi untuk kali ke-7 (2019-2022) semasa penilaian semula yang dilakukan setiap 3 tahun.

KEBAIKAN SUSU IBU


BAYI

Nutrisi ideal untuk setiap tahap tumbesaran & perkembangan
Perkembangan fizikal dan kognitif/otak optima
Mudah dihadam dan pelawas najis
Mencegah jangkitan kuman
Mencegah alahan
Mengurangkan risiko tersedak susu
Mengurangkan risiko obesiti, darah tinggi, diabetes, penyakit jantung

IBU

Memulihkan kesihatan ibu dengan segera termasuk mengurangkan risiko
kemurungan
Mempercepatkan pengecutan rahim dan mengurangkan risiko 
pendarahan/kurang darah
Menurunkan berat badan & kembali ke bentuk asal badan dengan segera
Mengurangkan risiko barah payudara & ovari
Mengurangkan risiko osteoporosis (tulang rapuh)

KELUARGA

•Jimat kewangan
•Sentiasa tersedia, jimat masa
•Rehat mencukupi
•Menjarakkan kehamilan & merancang keluarga
•Mengukuhkan hubungan kekeluargaan

NEGARA

•Mengekalkan modal insan ‘profesional berkemahiran tinggi’
•Meningkatkan produktiviti
•Mengekalkan kepuasan bekerja
•Mengurangkan kos perawatan penyakit

DUNIA

•Memelihara alam persekitaran (Save the Earth)
•Inisiatif 'Dunia Hijau'/Green World (tiada plastik/tin/botol)
•Penjimatan tenaga elektrik/haba (Global Warming)